KATA ALU-ALUAN PENGETUA | KOLEJ TUN PERAK
» ABOUT US » PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KOLEJ » KATA ALU-ALUAN PENGETUA

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT., Laman Web Rasmi Kolej Tun Perak yang menampilkan wajah baharu dapat disempurnakan.

Kolej Tun Perak merupakan kolej cemerlang sejak penubuhannya pada tahun 1986. Pelbagai aktiviti telah berjaya dianjurkan yang melibatkan komponen seperti kemahiran insaniah, akademik, kepimpinan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti kolej seperti ini dapat direalisasikan dengan adanya para penghuni yang cergas, kompetitif, berwibawa dan mengadakan kerjasama yang mantap di antara pihak pengurusan kolej, Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej, SUKSIS, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM serta pelbagai pihak lain.

Selain daripada itu, pentadbiran kolej yang dianggotai oleh barisan staf yang sentiasa komited dalam memastikan segala insfrastruktur dan persekitaran kolej dalam keadaan yang kondusif kepada pengguna turut melicinkan lagi perkembangan kolej ke arah mencapai visi iaitu ingin membangunkan pelajar yang mempunyai personaliti unggul disamping menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif dengan menjadi kolej yang terunggul.

Justeru, warga Kolej Tun Perak seharusnya dapat memahirkan diri dalam segenap bidang yang diceburi dan tidak hanya tertumpu kepada kemahiran akademik sahaja di samping sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas.

Akhir kata, kami sangat mengalu-alukan kunjungan anda ke Portal Rasmi ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut akan perkembangan terkini di Kolej Tun Perak. Saya berharap agar portal ini mampu menjadi saluran yang dapat meningkatkan semangat kecintaan kepada Kolej Tun Perak serta sebagai pencetus ke arah pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif. Dengan ini, Kolej Tun Perak dapat terus mengekalkan kecemerlangannya.


' KECEMERLANGAN TRAMPIL PRAGMATIK'


PROF. MADYA DR. PAKHRIAZAD BIN HASSAN ZAKI

Pengetua
Kolej Tun Perak
Universiti Putra Malaysia

Updated:: 02/08/2017 [naterah]

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN PERAK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467388
0389467389
C1506197311