INTRODUCTION | KOLEJ TUN PERAK
» ABOUT US » INTRODUCTION

INTRODUCTION

Kolej Tun Perak pada mulanya dinamakan dengan nama Kolej Kediaman Kelapan. Pada 8 Mac 1986, kolej ini telah diberikan nama baru iaitu Kolej Tun Perak (KTP) yang dirasmikan oleh Profesor Tan Sri Dato' Nayan Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia. Kolej ini terletak di suatu kawasan tanah tinggi dan letaknya beberapa kilometer dari kawasan pengajian. Kolej Tun Perak mempunyai enam blok iaitu lima blok penginapan untuk para pelajarnya dan satu blok lagi ialah blok pentadbiran yang mempunyai pejabat pentadbiran, dewan dan surau.

Pengetua Kolej Tun Perak yang pertama ialah Dr. Nordin Kardi dan disusuli pula oleh Prof. Madya Dr. Md. Salleh Haji Hassan. Bermula pada Ogos 1996, Prof. Madya Dr. Naim Haji Ahmad (pensyarah di Jabatan Pendidikan) telah dilantik menjadi pengetua kolej sehingga disandang oleh Prof. Madya Dr. Jasni Sabri merangkap sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia. Kemudiannya tampuk kepimpinan disandang oleh Dr. Farinazleen Mohamad Ghazali merangkap pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan pada masa sekarang, Kolej Tun Perak diterajui oleh Dr. Abdul Razak Abdul Rahman, Pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia.

Idea asal menggunakan nama-nama pahlawan Melayu yang terkenal ini adalah untuk menggambarkan sedikit sebanyak pemikiran dan tingkah laku penghuni kolej seperti berani, gagah, penuh ketabahan dan berketrampilan tinggi. Sejarah Melayu telah membuktikan Tun Perak merupakan seorang pentadbir dan pemikir yang agung dan berwawasan. Beliau mempunyai kewibawaan di dalam merancang dan mentadbir negeri Melaka semasa pemerintahan tiga orang sultan. Kewibawaan dan kebolehan yang cemerlang ini telah dicontohi oleh warga KTP. Semua blok KTP telah dinamakan dengan nama pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal dalam sejarah Melayu dalam sejarah Melayu iaitu Jebat, Lekiu, Lekir, Tuah dan Kasturi. KTP merupakan kolej pertama yang memecahkan tradisi penamaan kolej-kolej kediaman di UPM dengan meletakkan nilai-nilai kemanusiaan di tempat sewajarnya. Empat daripada lima blok kediaman pelajar merupakan blok untuk penginapan siswi iaitu Lekir, Lekiu, Tuah dan Kasturi manakala satu lagi blok kediaman pelajar iaitu Jebat didiami para siswa.

Updated:: 01/02/2017 [fauzicy]

MEDIA SHARING

C1511421848